Kehidupan Nicolas Sarkozy

Nicolas Paul Stéphane Sarközy de Nagy-Bocsa dilahirkan di Paris pada 28 Januari 1955. Bapanya merupakan imigran dari Hungary yang melarikan diri ketika penyerangan Kesatuan Soviet.

Selepas mendapat ijazah dalam bidang Undang-undang dan Sains Politik, beliau ditauliahkan menjadi peguam dan berkhidmat dalam bidang ini selama 20 tahun. Sarkozy memulakan kerjaya politiknya dalam Parti Gaullis. Beliau diundi menjadi Ahli Majlis Bandar Neuilly pada 1977. Pada tahun 1983, beliau menjadi Datuk Bandar Neuilly. Beliau juga menyandang jawatan Ahli Majlis Kawasan Ile-de-France, Ahli Parlimen ( Majlis Kebangsaan), Ahli Parlimen Eropah dan Presiden Majlis Départment des Hauts-de-Seine.

Pada tahun 1993, Sarkozy dilantik sebagai Menteri Bajet. Beliau kemudiannya dipilih menjadi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan. Beliau berjaya melaksanakan undang-undang dengan tegas semasa menjadi Menteri Dalam Negeri dengan mengukuhkan lagi peranan pihak polis bagi mengurangkan kadar jenayah. Dalam tempohnya sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan pelbagai polisi ekonomi baru demi menghidupkan semula ekonomi Perancis.

Sarkozy pernah berkahwin dua kali, dan mempunyai 3 anak lelaki dan dua anak perempuan tiri.

Berkaitan